20 April 2019 00:19
HUBUNGI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas
Jalan 48/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-62030048
Fax: 03-62030096

E-mail: principal@smksh.edu.my / pengetuasmksh@yahoo.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah:

Isnin-Khamis
8.00pg-12.30tgh &
2.00-4.00ptg

Jumaat
8.00pg-12.00tgh &
2.45-4.00ptg

Ibu bapa dialu-alukan hadir ke sekolah untuk berurusan dengan pengetua/guru-guru tentang masalah persekolahan anak-anak. Untuk ini, sila berurusan di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Tetapkan janji temu (appointment) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
DETIK

PT3 (Ujian Bertulis) 2019
163 hari lagi

SPM 2019
198 hari lagi

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
0 hari lagi

KEJOHANAN MERENTAS DESA
0 hari lagi

Live Traffic Feed
PENTADBIRAN SMKSH
Flash Clock
PELAWAT
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1,110
· Newest Member: BrianBrugs
SIKAP YANG POSITIFADALAH KUNCI KEJAYAAN
03 Feb 2012

Sikap adalah kunci kepada kejayaan seseorang itu dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ianya sangat penting malah sikap adalah lebih penting daripada kebijaksanaan, pelajaran, keputusan peperiksaaan atau apa jua perkara-perkara lain. Seseorang yang mempunyai sikap yang positif biasanya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia, boleh pergi lebih jauh dalam kerjaya yang diceburi, dan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Jadi apa yang saya ingin kongsikan dalam artikel kali ini dengan anda semua adalah bagaimana untuk menjadikan sikap yang positif dalam kehidupan kita.

Pertama sekali untuk menjadikan sikap anda positif adalah anda perlu tahu betapa pentingnya mempunyai sikap yang positif itu. Sekiranya anda tidak tahu akan pentingnya seseorang itu mempunyai sikap yang positif maka anda tidak akan mempunyai motivasi yang cukup dalam mengambil langkah menjadikan diri anda bersikap positif. Perlu diingat yang ini bukan hanya satu konsep yang kecil dimana ia sebenarnya adalah satu ruang kecil di dalam kehidupan kita. Mempunyai sikap yang positif juga sebenarnya adalah asas kepada kehidupan anda dalam memastikan kejayaan dan impian anda dimasa hadapan.

Seterusnya anda perlu tahu bagaimana untuk membuang sikap dan pemikiran negatif yang masih bersarang di dalam fikiran anda dan juga bergantung di belakang anda. Ianya sangat penting kerana sekiranya anda tidak menghapuskan perkara negatif itu, maka anda akan selalu berfikiran negatif apabila anda berdepan sesuatu perkara dan situasi. Pemikiran yang negatif akan secara automatik muncul didalam minda anda dan anda mungkin sukar untuk mengatasinya oleh kerana ia tidak dibuang dari dalam hidup anda. Anda boleh berusaha melakukannya secara perlahan-lahan tetapi perlu memastikan yang ianya kearah sikap yang positif.

Anda juga boleh menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk anda berubah kearah sikap yang positif. Cuba untuk mencontohi mereka-mereka yang berjaya lama kelamaan anda akan sedar dan berubah dari sikap yang negatif kearah sikap yang positif. Jika anda terus dalam sikap yang lama sampai bila-bila anda tidak akan berubah. Letakkan itu di dalam fikiran anda. Orang yang sentiasa bersikap positif pasti akan berjaya didalam kehidupan mereka.

Jika anda mempunyai seorang sahabat atau sesiapa sahaja yang boleh membantu membimbing anda itulah cara yang terbaik. Kadang-kadang anda sukar untuk berubah kearah sikap yang positif secara bersendirian. Oleh kerana itu peluang untuk berubah kearah sikap yang positif adalah lebih tinggi jika ada orang lain yang dapat memberi teguran dan tunjuk ajar kepada anda. Namun semuanya terletak kepada diri anda sendiri sama ada mahu berubah ataupun tidak.

Akhir sekali anda mesti tahu apakah langkah-langkah dan teknik yang sesuai dengan diri anda untuk berubah kearah sikap yang positif. Tidak semua orang mempunyai cara yang sama dalam mengubah sikap mereka dari negatif kearah positif. Anda perlu cari dan kenal pasti cara yang sesuai dengan gaya hidup anda supaya anda mudah dan sentiasa bersikap positif.

Jadi, berdasarkan kepada tips dan panduan yang diberikan ianya nampak macam mudah. Tapi untuk melaksanakannya adalah sukar sebenarnya kerana kita sentiasa dikelilingi oleh persekitaran yang negatif. Anda yang betul-betul mempunyai semangat kuat sahaja dapat melakukannya dan sentiasa bersikap positif. Orang yang tidak kuat semangat dan membuat kerja seperti hanya melepaskan batuk ditangga tidak akan kemana-mana. Mulalah melakukannya dan bersikap positiflah setiap masa…

Sumber: www.adap.com.my/info.php?id=879
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.