20 April 2019 00:18
HUBUNGI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas
Jalan 48/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-62030048
Fax: 03-62030096

E-mail: principal@smksh.edu.my / pengetuasmksh@yahoo.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah:

Isnin-Khamis
8.00pg-12.30tgh &
2.00-4.00ptg

Jumaat
8.00pg-12.00tgh &
2.45-4.00ptg

Ibu bapa dialu-alukan hadir ke sekolah untuk berurusan dengan pengetua/guru-guru tentang masalah persekolahan anak-anak. Untuk ini, sila berurusan di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Tetapkan janji temu (appointment) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
DETIK

PT3 (Ujian Bertulis) 2019
163 hari lagi

SPM 2019
198 hari lagi

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
0 hari lagi

KEJOHANAN MERENTAS DESA
0 hari lagi

Live Traffic Feed
PENTADBIRAN SMKSH
Flash Clock
PELAWAT
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online
· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 1,110
· Newest Member: BrianBrugs
TRANSFORMASI DIRI
18 Jan 2012

PADA setiap awal tahun, keazaman mula memuncak dalam diri kita. Jika keazaman itu tidak disusuli dengan tindakan, maka ia akan menjadi semakin pudar dan akhirnya akan berkubur tanpa membawa apa-apa manfaat kepada kita.

Dalam hal ini satu bentuk transformasi diri harus dilakukan agar keazaman yang ada apda diri mampu dilaksanakan. Transformasi membawa pengertian perubahan yang lebih difokuskan pada perubahan dalaman. perubahan ini meliputi beberapa komponen dalam diri kita yang berkaitan antara satu sama lain.

Ia bermula dengan emosi dan perasaan yang mampu memberi sumbangan terhadap keceriaan diri. Keceriaan diri ini akan melonjakkan kehendak iaitu komponen kedua dalam diri kita.

Kehendak mempunyai pengaruh sama ada memberi kekuatan atau membawa kelemahan pada diri. Jika kehendak itu mempunyai kekuatan maka seseorang itu sanggup menghadapi sebarang cabaran. Sebaliknya jika kehendak dikuasai dengna kelemahan, maka seseorang itu mudah berputus asa atau cepat melahirkan rasa kekecewaan.

Kehendak pula akan mempunyai komponen seterusnya iaitu kepecayaan. Kepercayaan diri sendiri akan mengukuhkan keyakinan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seseorang yang tidak percaya pada kebolehan diri sering mencari alasan untuk tidak melibatkan diri dalam sesuatu aktivitiyang mampu memberi manfaat pada dirinya.

Setiap kehendak akan memberi satu harapan yang merupakan satu lagi komponen yang penting dalam proses transformasi diri. Setiap tindakan akan menemui kejayaan jika seseorang itu mempunyai harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang dikehendaki.

Harapan merupakan tahap yang tinggi dalam komponen transformasi diri. Seseorang yang mempunyai harapan mampu melaksanakan segala bentuk tugasan yang ditempuhi demi mencapai harapannya ke arah kejayaan. harapan mampu mengukuhkan semangat yang menjadi seolah-olah ''penunggu'' pada diri kita.

Jika harapan ini memuncak maka suntikan semangat akan berlaku dan seseorang itu akan bertindak hingga mampu mencapai kejayaan secara luar biasa seperti memperoleh kecemerlangan di peringkat yang paling tinggi.

Akhirnya kesemua empat komponen tersebut akan menentukan pembentukan sikap pada diri. Sikap terbentuk apabila segala tindakan dijadikan alaman sepanjang kehidupan.

Sikap tidak boleh dibuat-buat malah ia merupakan satu salutan ciri-ciri kualiti diri yang sebati pada diri manusia. Sikap yang sebati ini;ah yang mapu mentransformasikan diri secara ikhlas, sistematik dan praktik.

Apabila sikap yang baik terbentuk pada diri manusia, individu itu tidak mudah goyah dengan segala bentuk dakyah yang boleh menguji keimanan dan keunggulannya.

Sumber: www.adap.com.my/info.php?id=847
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.