20 April 2019 00:33
HUBUNGI
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas
Jalan 48/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-62030048
Fax: 03-62030096

E-mail: principal@smksh.edu.my / pengetuasmksh@yahoo.com

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah:

Isnin-Khamis
8.00pg-12.30tgh &
2.00-4.00ptg

Jumaat
8.00pg-12.00tgh &
2.45-4.00ptg

Ibu bapa dialu-alukan hadir ke sekolah untuk berurusan dengan pengetua/guru-guru tentang masalah persekolahan anak-anak. Untuk ini, sila berurusan di pejabat sekolah pada waktu pejabat. Tetapkan janji temu (appointment) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
DETIK

PT3 (Ujian Bertulis) 2019
163 hari lagi

SPM 2019
198 hari lagi

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
0 hari lagi

KEJOHANAN MERENTAS DESA
0 hari lagi

Live Traffic Feed
PENTADBIRAN SMKSH
Flash Clock
PELAWAT
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online
· Guests Online: 2

· Members Online: 0

· Total Members: 1,110
· Newest Member: BrianBrugs
ARAK MEMUDARATKAN MANUSIA
Arak ialah alkohol dalam bentuk “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells” yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.


Hukum Minum Arak
Arak adalah haram dalam Islam. Dalam surah al- Maidah Allah telah menjelaskan, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya. ( Al-Maidah (5):90)

Penemuan Bahaya Arak

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2 hingga 3 gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil.

Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika saja terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak hapir seribu orang setiap tahun.

Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 219.


Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, kepada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya. Kesimpulan,
Islam memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang diperolehi daripadanya. Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan sahaja oleh agama Islam, malah turut disokong oleh agama lain. Ia termasuk laporan oleh organisasi kesihatan di pelbagai negara.

Sumber disunting : Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (JAKIM).

Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 0% [No Votes]
Very Good Very Good 100% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]