Nasihat Berguna Ibu
Nasihat Berguna Ibu
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/03/12
KUALA LUMPUR: ‘Jangan menangis dan selalu lakukan yang terbaik’ menjadi antara nasihat paling diingati hingga membolehkan dia dinobatkan antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat sekolah, sekali gus Wilayah Persekutuan.
Anis Zafirah Mohd Rafael, 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas memperoleh 10 A+ bagi semua mata pelajaran diambil termasuk Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi serta subjek tambahan, Perakaunan.
Anak tunggal dalam keluarga itu menjelaskan dia tidak menyangka memperoleh keputusan secemerlang itu memandangkan ketika percubaan hanya memperoleh semua A, tetapi tidak dikelaskan A tahap tertinggi atau cemerlang.
Katanya, dia percaya berkat ulang kaji dan latihan tubi yang konsisten selain dorongan ibunya agar tidak cepat menangis, patah semangat dan buat yang terbaik menjadi rahsia setiap kejayaan.
“Saya adalah anak tunggal dalam keluarga dan segala harapan terletak di bahu saya untuk memastikan tidak gagal dalam pelajaran, sekali gus boleh membanggakan papa dan mama yang selama ini tidak pernah memandang rendah saya.
“Walaupun kadang kala saya menangis kerana tertekan dengan harapan tinggi ini, tapi saya akan cepat sedar dan kembali memfokuskan diri supaya akhirnya hanya kejayaan yang diperoleh bukannya kegagalan.
“Jadi kejayaan ini sangat bermakna dan saya akan pastikan dapat mencapai cita-cita menjadi seorang pakar dalam bidang matematik,” katanya.

Comments
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.
Please login or register to vote.
Please login or register to vote.
No Ratings have been Posted.

Selamat Hari Raya to all! and Happy Holidays!!.

PAY FOR GAZA