SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS
JALAN 48/70A
DESA SRI HARTAMAS
50480 KUALA LUMPUR
☎ Tel: 03-62030048
☎ Fax: 03-62030096
☆ E-mail: wea0220@moe.gov.my
Masa berurusan dengan
pejabat sekolah:
Isnin-Khamis
8.00 pg-12.30 tgh &
2.00-4.00 ptg
Jumaat
8.00 pg-12.00 tgh &
2.45-4.00 ptg
IBU BAPA DIALU-ALUKAN HADIR KE SEKOLAH UNTUK BERURUSAN DENGAN PENGETUA/GURU-GURU TENTANG MASALAH PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK. UNTUK INI, SILA BERURUSAN DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU PEJABAT. TETAPKAN JANJI TEMU (APPOINTMENT) TERLEBIH DAHULU UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN.
PERADUAN MENULIS CERPEN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH 2013
Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan sejak tahun 2008. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk membina dan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar, memberi galakan dan memupuk minat berkarya dalam kalangan remaja supaya mereka berminat dalam bidang penulisan kreatif. Peraduan ini juga diharap dapat menarik lebih ramai pelajar sekolah menengah daripada pelbagai kaum meminati bidang kesusasteraan dan mengembangkan bakat penulisan kreatif terutama dalam bahasa kebangsaan.