Gempur Disiplin 60
Posted by cheangcy on 05 January 2010 10:07

Satu PROGRAM GEMPUR DISIPLIN 60 telah dilancarkan di SMK SERI HARTAMAS.

Para guru akan membantu dalam meningkatkan disiplin murid-murid.

Sila klik Read More untuk melihat SENARAI SEMAK DISIPLIN dan JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN HEM.



Extended News

I
PROGRAM GEMPUR DISIPLIN 60
SMK SERI HARTAMAS

SENARAI SEMAK DISIPLIN


A. KEKEMASAN DIRI
a) Rambut disisir kemas, tidak panjang (lelaki), diikat & diklip (perempuan)
dan tidak diwarnakan.
b) Tanda nama dan lencana dipakai.
c) Tali leher dipakai sepanjang waktu persekolahan.
d) Uniform sekolah lengkap dan mematuhi peraturan sekolah.
e) Murid menukar pakaian PJ selepas waktu PJK.
f) Memakai kasut putih dan stoking sekolah yang melepasi buku lali (putih).
g) Murid berpakaian unit beruniform pada hari Rabu.

B. ADAB KELUAR KELAS
a) Tiada murid yang keluar kelas semasa waktu P&P melainkan dalam keadaan kecemasan.
b) Pas kebenaran keluar mesti disangkut di leher murid.
c) Mencatat nama murid yang keluar kelas dengan pas keluar di buku catatan ketua kelas.
d) Tiada murid berada di luar kelas sebelum loceng terakhir dibunyikan.
e) Murid balik mengikut tangga yang dikhaskan.

C. KELAS YANG KONDUSIF
a) Murid menempatkan botol air di bawah sudut meja.
b) Papan kenyataan bermaklumat dan ceria.
c) Tong sampah dikosongkan setiap kali penuh dan sebelum bermula P&P.
d) Laci meja mesti kosong semasa balik (tiada buku teks ditinggalkan di sekolah).

D. ADAB SEORANG MURID
a) Murid menghormati guru dan orang yang lebih tua.
b) Murid memberi salam dengan tertib setiap kali guru/pelawat masuk dan keluar kelas.
c) Murid menghormati sesama mereka.

E. BUKU KAWALAN KELAS
a) Buku Kawalan Kelas wajib diisi dengan kedatangan murid dan ditandatangani sebelum pelajaran dimulakan.
b) Nama murid yang ponteng dan lewat wajib dicatat.
c) Pas keluar hanya boleh digunakan untuk ke tandas dan memanggil guru.

F. TINDAKAN
a) Slip Salah Laku Murid diisikan di hadapan murid yang terlibat dan ditandatangani slip tersebut.
b) Data salahlaku murid dimasukkan ke dalam sistem e-disiplin di bilik guru.
c) Slip diserahkan kepada mana-mana guru disiplin untuk tindakan selanjutnya.

G. KEBERSIHAN KELAS DAN KAKI LIMA
a) Kelas mesti bersih sebelum memulakan P&P
b) Kelas dan kaki lima dibersihkan 5 minit sebelum balik di bawah kawalan guru mata pelajaran terakhir.

II
JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN HAL EHWAL MURID
SMK SERI HARTAMAS 2010

PENGERUSI : Pengetua (PN ROSIMAWATI BT SAAD)

NAIB PENGERUSI 1 : PK HEM (PN. CHEANG CHOOI YOONG)
NAIB PENGERUSI 2 : PK Kurikulum (PN. LIM SIEW KEE)
NAIB PENGERUSI 3 : PK Ko-Kurikulum (EN KAMARUL AZMAN MD ARIF)

SETIAUSAHA : Guru Disiplin (EN HAMDAN B AHAMAD)
P. SETIAUSAHA : Pen Guru Disiplin (PN UMA DEVI MARIMUTHU)

KAUNSELOR MURID : Kaunselor 1(EN. MANMOHAN SINGH )
: Kaunselor 2(PN NOOR MUSYASSARAH CHE RAZALI)
: Kaunselor 3/Ustazah (PN EZATUL ARNI BT ZOLKPLI)

AJK
Penyelia Tingkatan 1 (En Nasran Rushdi)
Penyelia Tingkatan 2 (Pn Faustina Mohd Ismail)
Penyelia Tingkatan 3 (Pn. Noriati Abdul Malek)
Penyelia Tingkatan 4 (Pn. Uma Devi Marimuthu)
Penyelia Tingkatan 5 (Pn. Hazizan Dazila Hamzah)
Guru Agama : Ustaz Saedin Husni