SYNC SCHOOL MESSAGING' (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH
Posted by ashari on 06 January 2018 12:00


SYNC SCHOOL MESSAGING (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SMK SERI HARTAMAS menggunakan Sync sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah. Dengan ini sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak-anak Tuan/Puan, aktiviti Sekolah dan aktiviti PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui 'push notification'. Ini juga dapat mengurangkan kos kertas dan surat-menyurat yang semakin tinggi.

2. Oleh itu, Tuan/Puan yang masih belum memuat turun Sync disarankan untuk berbuat demikian secepat mungkin agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini daripada pihak sekolah.

3. Sync boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play Store (untuk Android) dan Apple Store (untuk iPhone/iPad) dengan kata carian Sync School Messaging.