Peraturan Larangan Membawa Air Mineral Dan Minuman
Posted by ashari on 27 January 2011 09:56
Peraturan Larangan Membawa Air Mineral Dan Minuman Dalam Tin Ke Kelas


Mulai sesi 2011, semua murid dilarang membawa botol air mineral dan minuman dalam tin ke dalam kelas. Langkah ini adalah bertujuan:

1. Mengelakkan pelajar membuang botol/tin tersebut ke "toilet bowl" yang menyebabkan tandas tersumbat. Sehingga 25/01/2011, telah 3 kali berlakunya tandas tersubat akibat perbuatan tersebut.

2. Mengelakkan pelajar menyepahkan bekas minuman tersebut di kelas dan koridor sekolah.

3. Mengelakkan pelajar salah guna "Pas Kebenaran Keluar" kerana mengambil kesempatan keluar kelas dan ke kantin untuk membeli minuman. Pas hanyalah untuk ke tandas dengan kebenaran guru sahaja.

4. Mendidik pelajar menjaga alam sekitar. Pelajar digalakkan membawa bekas minuman sendiri dari rumah. Jika perlukan air tambahan boleh membelinya di kantin pada waktu rehat dan masukkan dalam bekas minuman dari rumah. Kurangkan penggunaan plastik. Bekas minuman yang dibawa dari rumah dibenarkan dibawa ke kelas.

5. Peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia yang melarang murid makan di dalam kelas kerana ada pelajar yang membeli minuman dan makanan di kantin dan membawanya ke kelas.


Daripada: Lembaga Disiplin Sekolah