Mesyuarat Agung PIBG: Sabtu 27 Mac 2010
Posted by ashari on 10 February 2010 05:28
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK SERI HARTAMAS KALI KE-18

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 hb Mac 2010 ( Sabtu )
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seri Berlian (Dewan Tertutup), SMK Seri Hartamas


Sehubungan itu, pihak AJK PIBG amat berbesar hati menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan demi masa depan anak-anak kita. Agenda mesyuarat boleh diperolehi melalui portal sekolah iaitu smksh.edu.my. Pihak sekolah akan memberikan 5 markah merit kepada pelajar-pelajar yang ibu bapa/penjaga mereka hadir di mesyuarat tersebut. Sebaliknya, 2 markah merit akan dipotong sekiranya pelajar gagal mengembalikan slip jawapan kehadiran.

Klik Read More untuk butir-butir seterusnya.
Extended News
Kepada,

Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid
Semua Guru

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK SERI HARTAMAS KALI KE-18

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27 hb Mac 2010 ( Sabtu )
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seri Berlian (Dewan Tertutup), SMK Seri Hartamas

3. Sehubungan itu, pihak AJK PIBG amat berbesar hati menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan demi masa depan anak-anak kita. Agenda mesyuarat boleh diperolehi melalui portal sekolah iaitu smksh.edu.my. Pihak sekolah akan memberikan 5 markah merit kepada pelajar-pelajar yang ibu bapa/penjaga mereka hadir di mesyuarat tersebut. Sebaliknya, 2 markah merit akan dipotong sekiranya pelajar gagal mengembalikan slip jawapan kehadiran.

4. Tuan/puan diminta menyatakan kehadiran dengan mengisi slip jawapan kehadiran yang disertakan bersama Borang Pernyataan Usul/Cadangan. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya pada 25hb Februari 2010. Sebagai makluman, usul yang dikemukakan tidak akan dibincangkan sekiranya pembawa usul tidak hadir pada mesyuarat agung tersebut.

Sekian, terima kasih.

“USAHA MAJU JAYA”
SMK SERI HARTAMAS GEMILANG TERBILANG

Yang menjalankan tugas,

.....................................
(PN SHARIFAH NOOR IZYANI BT SYED OTHMAN)
Setiausaha Kehormat PIBG 2009/2010
SMK Seri Hartamas

BORANG PENYATAAN USUL
( Sila kembalikan borang ini sebelum jam 11.30 pagi, 25hb Feb 2010 )
(SILA TULIS DENGAN JELAS. Terima kasih )

Kepada,

Setiausaha Kehormat PIBG,
SMK Seri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
u.p : PN SHARIFAH NOOR IZYANI BT SYED OTHMAN
PN HAZLINA BT SHARIF HASSAN

Puan,

Saya dengan ini menyampaikan penyataan usul untuk pembentangan semasa Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-18 pada 27hb. Mac 2010 seperti berikut :

1. .............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

2. .............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................................

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................

Nama pembawa usul : .................................................................................................................

Alamat Rumah : ..................................................................................................................

.................................................................................................................

Nama Anak/Ting. : ..................................................................................................................

# Tuan/Puan juga boleh menghantarkan Pernyataan Usul melalui email kepada shefah79@yahoo.com.my

--------------------------------------Sila kembalikan keratan ini dengan segera-----------------------------------------------------

SLIP JAWAPAN PENERIMAAN NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG / KEHADIRAN

Puan,
Saya .................................................................................................dengan ini mengaku telah menerima notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 daripada anak saya ....................................................................................
Tingkatan............................. dan faham akan maksudnya. Saya *akan hadir / tidak akan hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................

* Sila potong yang tidak berkenaan