Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Posted by Pn Rosimawati on 12 February 2010 00:47

Pengetua mewakili semua guru dan staf sekolah mengucapkan selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina kepada AJK PIBG, semua warga sekolah dan ibu bapa SMK Seri Hartamas. Ini merupakan perayaan Satu Malaysia. Bagi yang akan pulang ke kampung, pandulah dengan cermat. Tahun 2010 telah dimulakan dengan penuh komitmen dan semangat jitu oleh warga sekolah. Ini petanda baik bahawa tahun 2010 adalah tahun untuk kita menuju kecemerlangan dalam semua bidang. SMK Seri Hartamas akan mencipta kejayaan demi kejayaan.