BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
Posted by ashari on 14 January 2013 09:22
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengagihkan wang bantuan khas persekolahan sebanyak RM 100.00 kepada semua pelajar sekolah ini mengikut butir-butir seperti berikut:

Tarikh: 15hb Januari hingga 30hb Januari 2013
Masa: 10.30 pg - 2.30 ptg
Tempat: Di kelas masing-masing (bagi murid yang mengambil sendiri) / di pejabat (bagi ibu bapa)

Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat hadir ke sekolah untuk menerima wang bantuan tersebut pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.